"Every so often you reach a point when your life is like a blank journal, waiting to be filled."

Sebarkan Kalimah Ke Sekalian Alam

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi
s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan
sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat
duduknya dari neraka."


(Riwayat Bukhari)

Taqwim Qamari

Saturday, July 21, 2012

Menggapai Revolusi Pemikiran

    Aku yakin bahawa nasib negara Malaysia terletak dalam tangan rakyatnya. Apabila rakyat inginkan perubahan, nescaya rakyat berupaya memberi kesan. Rakyat Malaysia berkuasa untuk menaikkan pemimpin seperti juga rakyat berkuasa menggulingkan mana-mana pemerintah. Rakyat juga mampu mengubah tahap sosio-ekonomi negara supaya ia bertambah baik atau bertambah buruk.

    Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu. Melayu itu pula semestinya Muslim (dipersetujui dalam perlembagaan dan pentakrifan Kamus Dewan). Melayu mempunyai satu semangat yang tidak mungkin terhalang apabila ia membara. Melayu mempunyai akhlak yang dicemburui semua jenis masyarakat di sekitar dunia. Melayu mempunyai sifat kasih sayang semula jadi yang tidak berbelah bagi hingga menyebabkan Melayu mudah diambil kesempatan.

    Namun, Melayu mempunyai masalah yang besar. Melayu tidak akan bangkit selagi perutnya kenyang. Melayu tidak akan bangun selagi tilamnya empuk dan selesa. Melayu tidak akan sama sekali bangkit selagi ditawarkan kelebihan duniawi. Melayu itu hebat. Apabila ditikam dan ditetak, tubuh Melayu boleh menjadi kebal. Apabila ditentang, parang Melayu boleh terbang bersama semangatnya membakar semua halangan. Apabila ditekan, Melayu boleh menanti dalam kesabaran dan harapan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan kehebatan Melayu. Namun, apabila Melayu dilemparkan wang pada mukanya, matanya menjadi buta. Apabila Melayu ditawarkan jawatan dan kuasa, tubuhnya menjadi layu. Apabila dijaga supaya perutnya tetap kenyang, akalnya menjadi tumpul dan bodoh.

    Aku lihat pemuda Melayu sudah terlalu terbawa-bawa dengan hiburan. Pemuda Melayu sudah tidak lagi memikirkan nasib keluarganya. Pemuda Melayu tidak lagi memikirkan keutamaan Islam dalam kehidupan. Pemuda Melayu tidak lagi menghiraukan keadaan sekelilingnya yang akan memusnahkan dunia.

    Melayu yang tua pula sudah terlalu taksub dengan nostalgia dahulu kala. Melayu tua terlalu taksub dengan pemimpin lama. Melayu tua terlalu berpegang kepada idealogi lama. Melayu tua takut akan sebarang perubahan dan menghalang semua usaha mujaddidin negara.

    Aku yakin, jika kita kekal dalam keadaan ini, nescaya kita tidak mungkin akan maju. Kita akan dibelenggu pemikiran sekular. Kita akan dipenjara pendidikan sekular.Kita akan ditekan pemerintahan sekular. Marilah kita sedar akan perjuangan kita. Demi Allah, kita akan bersatu dan berjuang dengan membawa REVOLUSI PEMIKIRAN dalam diri setiap Muslim di seluruh negara dan dunia.

No comments:

Post a Comment

Comment